Lafaz Nikah Dilangsungkan |
Dengan sekali lafaz yang sempurna lagi mendamaikan jiwaku tatkala sayup2 kedengaran suarnya melafazkan khalimah Bismillahirrahmanirrahim
" aku terima nikahnya . . . " maka berhijrahlah aku ke alam berikutnya iaitu alam perkahwinan.
Disana akan kami semaikan benih2 cinta yang telah kami simpan buat sekian lamanya. Akan kami sirami embun kemesraan itu dan akan kami bajai ianya dengan setulus keikhlasan serta kasih sayang yang tiada akhirnya.
suami kepada Shahrizan
&
isteri kepada Muhd Yahya
Sayang, terima kasih kerana sanggup bertahan dengan apa yang berlaku sebelum ini . sanggup bersabar dengan karenah kekasihmu dulu . .
Sayang, kehadiranmu dalam hidupku membuatku rasa diri ini lengkap segalanya. Terima kasih diatas segala pengorbanan yang telah kau berikan padaku.. hampir 8 tahun menyulam cinta, pelbagai dugaan yang amat menyeksa kita dalam menjaga hubungan ini dapat kita tempuhi dengan sabar agar ianya bertahan hingga menuju syurga abadi . .
Sayang, tidak akan sanggup untukku berpisah dari hidupmu, tidak sanggup untuk kehilanganmu kerana dirimu amat berharga dalam hidupku . .kau telah mengajarku erti rindu, erti kasih sayang, erti kehidupan yang sebenar benarnya. hadirnya dirimu menghiasi kamar hatiku . . membuat hari hariku begitu bermakna . bersamamu, aku rasa bahagia, selamat, dikasihi,dicintai sepenuh hati . .
Terima Kasih Sayang
Terima Kasih Sayang
Apa yang aku harapkan dari perkahwinan ini adalah kebahagiaan yang abadi . . moga kebahagiaan yang kami miliki ini akan berkekalan hingga ke titik terakhir dalam hidup kami . . moga cinta yang telah kami sulam dari dulu akan terus berkekalan dan tidak akan pudar walau sedikit pun Insyaallah . .
Ya Allah.. Lindungilah perkahwinan kami, Rahmatilah perkahwinan kami, Berkatilah perkahwinan kami agar ianya kekal bahagia hingga keakhirnya . . Amin Ya Allah . .
lagu ini ditujukan khas buat suami tersayang Muhd Yahya:
Sedetik Lebih
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Asal masih adanya kamu